Latest News

Monday, 29 June 2015

Suami Isteri Dera Budak 5 Tahun Berjaya DiTangkap



Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah berjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Suami Isteri Dera Budak 5 Tahun Berjaya DiTangkap Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top