Latest News

Friday, 5 June 2015

Sambutan Hari Umno Peringkat Bahagian Jerlun


Umno Bahagian Jerlun malam tadi telah menganjurkan Sambutan Hari Umno peringkat Bahagian Jerlun.

Majlis dihadiri oleh kepimpinan Umno Bahagian yang diketuai oleh Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir, Datuk Othman Aziz dan lain-lain lagi.

Majlis dimulai jam 7.30 malam dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan solat hajat. Selepas solat isyak, sajak memperingati perjuangan umno berkumandang dan ucapan semangat dari Dato' Seri Hj Mukhriz dan Datuk Othman Aziz.


Dalam majlis ini juga, Umno Bahagian Jerlun telah meraikan veteran-veteran Umno bahagian yang memperjuangkan Umno sejak sekian lama .

Dalam ucapan Dato' Seri Hj Mukhriz mengingatkan semua hadirin dengan perjuangan dan cabaran yang harus dilalui oleh semua.

" Umno harus menarik sokongan lebih 11 juta pengundi dan kita hanya ada 3 juta lebih ahli sahaja. Ujarnya.

Lebih 300 ahli Umno Bahagian Jerlun datang meraikan sambutan Hari umno Ke 69 ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sambutan Hari Umno Peringkat Bahagian Jerlun Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top