Latest News

Tuesday, 30 June 2015

Jangan fitnah dan sebar khabar angin - @MukhrizMahathir


Dalam keasyikan kita bermedia sosial, kadang-kadang kita tak sedar bahawa benda yang selalu kita buat tu sebenarnya boleh menyakiti hati orang lain.

Bila kita menyakiti hati orang lain, ianya dah menjadi satu dosa.

Ketika berucap di Masjid Rafeah, Taman Uda, Dato Seri Hj Mukhriz menegaskan tentang perkara ini dalam ucapan beliau.

"Jangan dengar fitnah dan cakap kosong, cakap yang bukan-bukan, sepatutnya kita pertahan dan bantah balik orang tu, kalau tak kita pun dikira bersubahat dan berdosa.

Paling tidak pun guna ayat ni, cakap kat orang tu,

Saya berpuasa!

Dengan harapan orang tu akan berenti cakap benda tak elok.

Lanie orang bercakap guna jari, terima maklumat yang tak sahih mengaibkan mana-mana pihak. Kadang-kadang, kita tak sedar dengan mengata orang melalui handphone.

Janganlah mengata orang, hingga benda tu dah jadi tabiat, sampai kita tak sedar, perkara yang kita buat tu (sebar khabar angin) sebenarnya dosa".

Petikan dari kata-kata YAB Menteri Besar Kedah ketika berucapan di Masjid Rafaeh.

Pesan admin: Sebarkan kata-kata Dato Seri seluas mungkin semoga ianya menjadi kesedaran pada orang kita lanie.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jangan fitnah dan sebar khabar angin - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top