Latest News

Thursday, 4 June 2015

DS Mukhriz Sampaikan Sumbangan Ramadan Kepada Masjid2 Di Jerlun


Semperna bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, YAB Menteri Besar Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir petang ini telah menyampaikan sumbangan kepada Masjid-masjid di seluruh Jerlun.

Majlis sumbangan ini diberikan di Masjid Ayer Hitam selepas solat asar. Antara masjid-masjid yang menerima sumbangan bulan puasa ini adalah masjid Jerlun, Masjid Ahmadiah, Masjid Ar Rahman, Masjid Megad Dewa , Masjid Kampung Lubuk Air, Masjid Pida 7 dan lain-lain lagi.

Sumbangan sebanyak RM1000.00 ini sedikit sebanyak dapat membantu masjid-masjid mengadakan aktiviti dan program sepanjang ramadhan.

Dalam ucapannya, Dato' Seri Mukhriz juga menyeru masjid-masjid memperbanyakkan program-program semperna bulan penuh keberkatan yang bakal tiba.

Kepelbagaian program bukan sahaja menarik minat orang ramai malah menarik minat anak muda dalam mencari pahala dan keredhaan di bulan ramadhan.

Menteri Besar juga telah menekankan tentang masalah IS. Masalah anak muda yang terpengaruh dengan agenda IS ini. Beliau juga menyeru pihak-pihak masjid bersama memantau tentang pengaruh IS dari menular sini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Sampaikan Sumbangan Ramadan Kepada Masjid2 Di Jerlun Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top