Latest News

Monday, 29 June 2015

Apabila Tun M Dan Tun Siti 'Balik Kampung '


Baru-baru ini Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir balik ke Kedah seperti setiap tahun menjelang hari raya bersama isteri tersayang Tun Dr Siti Hasmah.

Beliau tiba di Alor Setar tepat jam 4.45 petang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar. Di sambut saudara mara terdekat dan beberapa persatuan belia.

Petang itu, Tun Dr Mahathir meluangkan masa untuk berkunjung ke bazar ramadhan stadium untuk membeli juadah berbuka. Beliau meluangjan masa selama hampir sejam disana.


Kehadiran Tun mengejutkan peniaga dan pengunjung bazar tersebut dan peluang itu tidak di lepaskan oleh mereka untuk bertanyakan khabar dan bergambar dengan negarawan itu.

Keadaan yang mulanya tenang menjadi sesak dengan begitu ramai mahu bergambar dan bersalaman dengan Tun.

Kunjungan ataupun ' balik kampung' itu di penuhi dengan berbuka puasa dan berjunoa dengan saudara mara Tun di Kedah.


Keesokkan harinya Tun M dan Tun Siti meluangkan masa untuk melihat lukisan muralnya yang di lukis di Pekan Melayu Alor Setar, beliau meluangkan masa hampir 15 minit dan sempat bergambar dengan lukisan itu.

Setelah itu, beliau terus ke Pekan Rabu untuk membeli barang-barang dan makanan di sana. Di sedia maklum Tun dan Pekan Rabu umpama isi dan kuku. Kasih sayangnya terhadap Pekan Rabu terlalu tinggi.


Tepat jam 12 tengah hari Tun M dan Tun Siti berangkat ke Langkawi dan menghadiri majlis berbuka dan memberi sumbangan kepada merek yang memerlukan di sana dan keesokkannya pulang ke Kuala Lumpur.

Terima kasih Tun M dan Tun Siti, jika ada masa yang terluang 'pulang' lah lagi ke kampung. Semoga Tun M dan Tun Siti sentiasa di beri kesihatan yang baik.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Apabila Tun M Dan Tun Siti 'Balik Kampung ' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top