Latest News

Wednesday, 3 June 2015

Agong Dipersembah Kek Hari Keputeraan


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini dipersembahankan kek daripada hotel terkemuka sempena hari keputeraan rasmi paduka baginda Sabtu ini.

Sebanyak 30 biji kek pelbagai bentuk dan tema hasil tangan cef terkemuka dari dalam dan luar negara dipersembahkan di Dewan Santapan Istana Negara di sini.

Antara kek yang dipersembahkan ialah daripada Hotel Maya di sini yang berupa kek buah-buahan bertemakan alat muzik tradisional Melayu seberat 40 kilogram berwarna jingga.

Cefnya Raymond Ling memberitahu Bernama kek buah-buahan itu mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan dan dihasilkan menepati dengan konsep hotel berkenaan yang mahu mengangkat seni warisan negara.

Hotel Rennaisance pula menpersembahkan kek berperisa coklat berbentuk singgahsana seberat 50 kilogram.

Cef hotel tersebut Hanafiah Ahmad berkata kek yang bertemakan 'Fantasi Coklat' itu menggunakan hampir semua bahan dan hiasan serta warna yang digunakan berasaskan coklat dengan mengambil masa kurang daripada sebulan untuk disiapkan.

Hotel Intercontinental mempersembahkan kek buah berkonsepkan pelancongan dengan tema 'Melawat Malaysia 2015'.

Pengarah Komunikasi Pemasarannya Shirley Hoo menerfangkan, kek seberat 80 kilogram itu berbentuk bunga Rafflesia, penyu, dan Bangunan Stadhuys di Melaka yang menggambarkan simbolik destinasi menarik negara untuk dilawati.

Sementara Hotel Grand Millennium mempersembahkan kek coklat berbentuk kereta api laju yang dihasilkan sebagai melambangkan kecanggihan dan kemajuan yang dikecapi negara di alaf baharu.

Cef Joas Kam berkata kek coklat yang berkonsep 'millenium' itu merupakan kek buah dan merupakan kek terberat yang dipersembahkan iaitu mencecah 100 kilogram.

Kek-kek yang dipersembahkan itu akan dihantar ke rumah anak-anak yatim dan untuk dinikmati golongan kurang bernasib baik di sekitar ibu negara.

Persembahan kek merupakan antara acara yang diadakan pada setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Agong Dipersembah Kek Hari Keputeraan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top