Latest News

Tuesday, 23 June 2015

28 Lagi Jenazah Akan Di Kebumi 29 Jun Ini



Pokok Sena 22 Jun - Seramai 28 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena pada 29 Jun ini.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sebanyak 21 jenazah telah di sempurnakan hari ini yang terdiri dari 19 lelaki dan 2 wanita dalam dua liang lahad. Sebanyak 28 lagi jenazah akan dikebumikan pada 29 jun ini.

Kesemua mangsa jenayah pemerdagangan manusia berjumlah 106 mangsa, ditemui di kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian dalam satu kawasan kubur besar.

Kesemua jenazah ini dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah dan dikebumikan secara berperingkat bermula 22 Jun dan dijangka berakhir sebelum raya puasa.

Semasa sidang media, Dato' Seri Mukhriz mahu semua pihak tidak memandang remeh isu ini dan buktinya 106 mayat mangsa sindiket ini ditemui dalam keadaan menyanyat hati.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 28 Lagi Jenazah Akan Di Kebumi 29 Jun Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top