Latest News

Saturday, 9 May 2015

Video : Forum & Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam Di Alor Setar


Rakaman di sekitar Majlis Perasmian Forum dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir kelmarin di Dewan Seri Mentaloon.

Antara barisan panelis yang menjayakan forum terbabit adalah Prof Dr Chandra Muzzafar (Pengerusi JUST dan Yayasan 1 Malaysia), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz (IKIM) dan Prof Madya Ustaz Dr Abdul Aziz Hanafi (KUIN).

Menurut YAB dalam ucapannya, forum yang diadakan dan buku yangditerbitkan adalah bertujuan untuk menerangkan bahawa Hak Asasi Kemanusiaan dalam Islam telah wujud secara syumul, berdokumentasi dan praktik dalam satu Daulah Islamiah sejak kurun ke 7 masihi lagi.


Malah "Sahifah atau Piagam Madinah" yang Rasulullah SAW gubal adalah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama dengan 47 fasal yang banyak menyentuh Hak Asasi Kemanusiaan, khususnya kebebasan, keadilan dan persefahaman hak dan hak warga Negara Madinah.

Sudah terbukti bahawa Islam itu agama yang lengkap di mana ada Hak Asasi Kemanusiaan. Islam adalah agama yang memberi hak yang sama kepada semua manusia yang merentasi bangsa, warna kulit, taraf sosial dan darjat.

* Saksikan video penuh ucapan menarik YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan Hak Asasi Kemanusiaan dalam konteks Agama Islam yang akan dimuat naik dalam page ini pada pukul 10.30 malam.


Rakaman di sekitar Majlis Perasmian Forum dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam yang dirasmikan...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, 8 May 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Forum & Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam Di Alor Setar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top