Latest News

Friday, 29 May 2015

Video : Dakwaan Tidak Benar Tentang 6 Projek Ikonik Kedah - DSMM



Video sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam video ini, YAB menafikan dakwaan kononnya 6 projek ikonik yang dibentangkan dalam Bajet Kedah 2015 bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan khususnya dibawah RMK-11.

Walaupun 6 projek ikonik tidak sebut dalam RMK-11 ianya tidak bermakna kerajaan negeri gagal mendapat sokongan dari kerajaan persekutuan untuk melaksanakannya.


Menurut YAB, pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) memaklumkan bahawa tidak semua projek diumumkan didalam RMK-11 walaupun projek tersebut masih boleh wujud.

"Malahan kita perlu tahu, RMK merupakan satu perancangan 5 tahun dan setiap tahun ada bajetnya tersendiri. Malahan tidak semua projek diumumkan dalam RMK 11" kata beliau.

"Contohnya projek Rapid Pengerang, yang menelan belanja puluhan billion, juga tidak termasuk dalam RMK 10, tetapi ianya tetap dilaksanakan di Kota Tinggi, Johor" sambung beliau lagi.

Antara 6 projek ikonik tersebut ada juga dibawah NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara) dan ada juga yang boleh dijayakan dengan mengunakan opsyen lain. Sebagai contohnya Projek Bandar Teknologi Getah dan Taman Teknologi Sains yang dikhabarkan mendapat bajet secara langsung dari Kerajaan Persekutuan dibawah NCER dan Kerajaan Kedah menyokong hasrat Persekutuan untuk membantu dalam projek tersebut.

* Harap maaf, audio video kurang memuaskan- Admin


Sepertimana yang kita tahu, pelarian-pelarian Rohingya telah mendarat di Pulau Langkawi, Kedah dan kesemua mereka telah...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 28 May 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Dakwaan Tidak Benar Tentang 6 Projek Ikonik Kedah - DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top