Latest News

Monday, 11 May 2015

UMNO Ada Cara Sendiri Selesai Isu Dalaman Parti - DS Mukhriz



Sempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke 69 hari ini dengan pelbagai isu dalaman yang melanda, Dato' Seri Mukhriz berkata sebagai parti yang berpegang kuat kepada amalan demokrasi, UMNO mempunyai cara tersendiri dalam menangani dan menyelesai isu-isu dalamannya.
Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri meminta supaya cara itu, yang menjadi amalan parti selama ini, diteruskan dalam usaha menyelesaikan permasalahan dalaman parti.

"Sebagai sebuah parti yang sangat berpegang kepada demokrasi, saya rasa biarlah proses yang diamalkan dalam parti yang menentukan hala tuju dan bagaimana ia hendak menangani isu-isu berbangkit," katanya dalam sidang media di Wisma Darulaman hari ini.

"UMNO memiliki cara-cara yang tersendiri dalam mengatasi perbalahan dalaman, tetapi ia tidak semestinya dikongsi dengan khalayak ramai," katanya.

Mukhriz berharap sambutan ulang tahun penubuhan UMNO hari ini akan menjadikan lebih 3 juta anggotanya bersemangat untuk terus memperjuangkan parti yang menjadi tunggak kepada orang Melayu.

Anggota-anggota UMNO perlu terus berusaha mengekalkan kedudukannya sebagai parti yang memerintah dan menunjangi Barisan Nasional, katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: UMNO Ada Cara Sendiri Selesai Isu Dalaman Parti - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top