Latest News

Sunday, 10 May 2015

#Throwback2014 : Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City)



Sebagaimana kita sedia maklum, negeri Kedah adalah negeri pertanian dan getah merupakan satu komoditi utama. Negeri Kedah dan Wilayah Selatan Thailand dikenali sebagai antara pengeluar getah yang terbesar di dunia. Kelebihan ini harus diambil kesempatan oleh Kerajaan Negeri bagi mewujudkan satu bandaraya getah yang akan menjadi pengeluar utama produk berasaskan getah, selain bertindak sebagai pusat penyelidikan getah.

Kita percaya pengwujudan Bandaraya Getah yang dikelilingi oleh sumber bahan mentah yang begitu banyak akan menarik minat pengeluar-pengeluar barangan berasaskan getah melalui penggunaan teknologi tinggi, umpamanya barangan keperluan industri automotif, perubatan dan lain-lain.

Cadangan tapak yang sesuai adalah di Ladang Bukit Ketapang, Daerah Padang Terap. Sebagai respon kepada penguncupan harga getah akhir-akhir ini, pembangunan yang dicadangkan bakal memberi satu nafas baharu kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh Negeri Kedah.

Sementara menanti rancangan itu direalisasikan, keperitan hidup dan rintihan para pekebun dan penoreh getah mutakhir ini tidak dipandang sepi. Sebagai langkah awal, dengan serta-merta kerajaan negeri Kedah telah memulakan pemberian bantuan bahan keperluan harian kepada dua ribu pekebun kecil yang layak di seluruh negeri Kedah. Bantuan ini diberi secara berperingkat mulai November 2014.

Sungguhpun nilainya tidaklah begitu besar, tetapi setidak-tidaknya bantuan ini akan dapat meringankan bebanan sementara menunggu usaha-usaha laindalam menangani keperitan hidup yang dialami oleh penoreh-penoreh getah. Masalah kejatuhan harga getah bukannya sesuatu di bawah kawalan Kerajaan. Namun atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan ke atas nasib rakyat, maka bantuan makanan asas ini diusahakan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #Throwback2014 : Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top