Latest News

Saturday, 30 May 2015

Sarapan bersama MB Kedah di Kedai Roti Canai



Pagi semalam Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir singgah sebentar di kedai Roti Canai Mutalib yang agak popular di Jitra. Lokasinya bersebelahan dengan TNB Jitra yang sentiasa mendapat sambutan hangat dan dipenuhi pelanggan.


Dato Mukhriz tiba dengan memandu keretanya sendiri dan beliau disambut oleh Ustaz Fathul Bari, yang kebetulan turut berada di kedai berkenaan.

Beliau meluangkan masa bersarapan, bermesra dan berbual dengan penduduk disana. Ini merupakan satu cara pendekatan yang agak 'sempoi' oleh Dato Seri.






Ternyata pendekatan dan perubahan yang beliau cuba lakukan ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat. Jika dulu, bukan senang nak jumpa MB lepak kedai makan. Sekarang ni, siapa tahu, tiba-tiba beliau ada disebelah anda.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sarapan bersama MB Kedah di Kedai Roti Canai Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top