Latest News

Saturday, 30 May 2015

Kerajaan Kedah utamakan kebajikan rakyat


Semalam YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menghadiri majlis jamuan dan makan malam, perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke 37, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia.

Anjuran MAKPEM dan Majlis Kebajikan Negeri Kedah.

Dalam ucapan Dato Seri Hj Mukhriz, pihak Kerajaan Negeri Kedah amat sedar dan prihatin terhadap golongan daif dan kurang bernasib baik seperti kanak-kanak yang terbiar, orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal, warga tua yang tidak berkemampuan, keluarga termiskin dan sebagainya.

Jesteru, Kerajaan Negeri melalui Jabatan KebajikanMasyarakat Negeri telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan sukarela di peringkat negeri juga telah memainkan peranan yang berkesan bagi menokok tambah perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan kebajikan masyarakat adalah tanggungjawab bersama di antara kerajaan, pertubuhan sukarela dan orang ramai.

Oleh yang demikian, lebih banyak pihak swasta dan orang ramai menceburkan diri dalam bidang-bidang kebajikan maka bertambah ramailah mereka yang kurang bernasib baik akan mendapat manfaat.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah utamakan kebajikan rakyat Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top