Latest News

Tuesday, 5 May 2015

Dalam BN Tiada Nepotisme Seperti PKR! - @MukhrizMahathir


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata amalan nepotisme tidak pernah berlaku pada keluarganya sewaktu bapa beliau Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Berbeza dengan pembangkang, Mukhriz mendakwa amalan tersebut bukan sahaja berlaku dalam parti pembangkang malah turut di bawa ke pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

"Benda ini (nepotisme) tak pernah berlaku pada keluarga saya, pada zaman bapa saya (selama) 22 tahun menjadi perdana menteri.

"Beliau (Mahathir) haramkan anak dia terlibat secara aktif dalam politik lebih lagi dalam kawasan dan peringkat nasional.

"Kami nak kena tunggu bapa bersara dulu pada 2002 baru boleh sertai. Sekarang kalau tengok, di pembangkang paling banyak berlaku amalan nepotisme.

"Dulu tuduh kita. Sampailah ke hari ini, sampai ke Permatang Pauh," katanya yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Beliau mengulas ucapan seorang pemimpin akar umbi Umno di Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat sebelum itu yang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme, dalam majlis kenduri rakyat di Tanah Liat, Permatang Pauh hari ini.

'Larang urus niaga'

Dalam sidang media kemudiannya, Mukhriz berkata, bapanya bukan sahaja tidak membenarkan anggota keluarganya terlibat secara aktif dalam politik semasa beliau menjadi perdana menteri.

Malah, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata Dr Mahathir turut melarang anggota keluarganya membuat urus niaga yang melibatkan kerajaan.

"Itu sebab ayah saya sendiri tak benarkan anggota keluarga aktif dalam politik. Malah kalau nak berniaga pun jangan libatkan kerajaan.

"Saya sendiri kena tunggu ayah saya bersara baru tawarkan diri untuk bertanding dalam parti dan kemudian baru dalam pilihan raya," katanya.

Walaupun Mukhriz mendakwa beliau dan adik-beradiknya tidak terlibat secara langsung dalam politik, namun ada kritikan yang mendakwa bapanya menggunakan jawatan perdana menteri ketika itu untuk membantu menaikkan ahli keluarganya.

Maksud Mukhriz, ketika bapanya menjadi PM selama 22 tahun. Beliau dan abangnya dihalang untuk menyertai politik. Selepas bapanya bersara barulah beliau dapat menyertai politik dan menjawat jawatan dalam parti.

Ini berbeza dengan Anwar, Azizah dan Nurul Izzah (PKR) Guan Eng, Kit Siang, Betty (DAP) Karpal dan Gobind (DAP) yang menyusun anak beranak dan adik beradik didalam parti peringkat tertinggi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dalam BN Tiada Nepotisme Seperti PKR! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top