Latest News

Thursday, 9 April 2015

Pemuda bunuh 3 beradik dihukum penjara 18 tahun



Masih ingat lagi ke pembunuhan tiga beradik dalam bendang dan tali air di Kampung Alor Senibong dua tahun lalu ?

Hari ini, Mahkamah telah putuskan bahawa pemuda berusia 20 tahun dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 14 tahun dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Choo Kah Sing menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Firdaus Mohd. Faridul selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan

Tertuduh pada 26 Mac lalu membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Mengikut pertuduhan pilihan, Mohd. Firdaus didakwa menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam, 29 November 2013.

Mohd. Firdaus sebelum ini berhadapan dengan tuduhan membunuh Noor Syafikah Nadia dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mayat anak sulung pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Noor Syafikah Nadia ditemui dalam keadaan meniarap dan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang pada 30 November 2013, di kawasan bendang di Kampung Alor Senibong.

Manakala dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui mati kira-kira pukul 3 petang keesokan harinya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Kampung Padang Petani
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pemuda bunuh 3 beradik dihukum penjara 18 tahun Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top