Latest News

Wednesday, 1 April 2015

Menteri Besar lancar Kedah E-tutor



Pendidikan adalah satu pelaburan, itu yang ditekankan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir ketika melancarkan Portal Kedah e-Tutor di Dewan MPSPK Sg Petani.

Portal Kedah e-Tutor ini merupakan satu bentuk pembelajaran alaf baru melalui persekitaran pembelajaran atas talian.

Portal ini juga inisiatif Kerajaan Negeri untuk dimanfaatkan lebih dari 280,000 guru-guru dan pelajar Tahun 4 hinggalah pelajar Tingkatan 5 di seluruh negeri Kedah Darul Aman. Murid-murid juga berpeluang belajar secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan melayari laman www.kedah-etutor.com .

Dengan adanya kemudahan pembelajaran maya ini, ianya berupaya untuk memberi peluang kepada sekolah, guru-guru, para ibu bapa dan pelajar dari seluruh pelusuk negeri Kedah untuk menerokai alam pembelajaran baru ini.

Kedah merupakan negeri pertama melancarkan program atas talian ini secara besar-besaran dimana 80 mata pelajaran disediakan untuk pelajar tahun 4 hingga tingkatan 5 dan dapat dimanfaatkan untuk 280 ribu pelajar.

Dalam sidang media selepas merasmikan Kedah E-tutor, Dato Seri berkata tahun pertama ini menjadi tempoh penilaian, dimana penerimaan diperingkat sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar akan dinilai keberkesanannya terlebih dahulu. Sekiranya dapat diterima dengan baik, pihak kerajaan akan memikirkan apa lagi yang boleh dilakukan(penambahbaikan) sebelum meneruskan pada tahun berikutnya.





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menteri Besar lancar Kedah E-tutor Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top