Latest News

Monday, 13 April 2015

24 April Umum Pendirian Umno Negeri Kedah - DS Mukhriz


Umno Kedah sudah membuat keputusan untuk mengumumkan pendirian berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April nanti di Kuala Lumpur.

Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, sewaktu perbincangan tertutup Umno Negeri Kedah di Seri Mentaloon sabtu lalu, Umno negeri telah sepakat akan mengumpulkan semua Ketua-ketua bahagian Umno Kedah pada 24 April dan mengumumkan mereka secara bersama di PWTC pada sebelah pagi oleh kerana mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan pada sebelah petang.

"Sehingga hari itu kita sudah bersetuju sesama kita untuk tidak keluar apa-apa kenyataan, seboleh-bolehnya kita hendak buat satu kenyataan yang bersifat konsensus antara semua anggota Badan Perhubungan UMNO Kedah," katanya.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BN Kedah itu berharap ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian di Kedah supaya bersabar menantikan tarikh yang sudah diputuskan dalam mesyuarat perhubungan itu.

"Sepuluh hari saja, bukan lama sangat. Kita pertimbang pandangan semua pihak, perbincangan kita kemarin (Sabtu) pun adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan, ada dikalangan mereka ahli Majlis Tertinggi, ada yang berjawatan kerajaan (Pusat), ada di peringat negeri, pandangan bernas-bernas belaka, jadi itu kita tangguh dulu, kenyataan rasmi dari Kedah, saya rasa ada lagi satu-dua negeri yang belum buat kenyataan," ujar beliau.

Menurutnya perkara itu (maufakat) penting supaya keyakinan rakyat terhadap parti tidak terhakis.

"Saya tidak fikir kepimpinan UMNO di negeri ini (Kedah) akan buat kenyataan secara individu yang boleh menjejaskan (keyakinan rakyat), kita sudah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat (tawan Kedah dari Pakatan semasa PRU13).

Menjawab soalan kebimbangan ramai mengenai UMNO Kedah yang bakal berpecah, kata Mukhriz beliau tidak fikir begitu.

"UMNO Kedah berada pada tahap kesatuan dan perpaduan yang tinggi, saya tidak fikir begitu teruk seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang,"katanya dalam sidang media di MRSM Kubang Pasu Isnin.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 24 April Umum Pendirian Umno Negeri Kedah - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top