Latest News

Friday, 20 March 2015

#LIMA15 Bawa Pulangan Kontrak RM9.3 Billion!


LANGKAWI  - Sebanyak tujuh dokumen kontrak, lima memorandum persefahaman (MoU), lapan surat setuju (LOA) dan enam surat hasrat (LOI) bernilai RM9.3 bilion dimeterai sejak Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 bermula kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah tersebut lebih tinggi berbanding nilai kontrak perjanjian LIMA 2013 iaitu RM4.2 bilion.

Beliau berkata, peningkatan sebanyak 121 peratus itu membuktikan LIMA merupakan platform paling ideal untuk urusan perniagaan industri aeroangkasa dan maritim di rantau ini serta global.

“LIMA bukan mengenai pame­ran semata-mata tetapi mengenai bagaimana ia boleh meletakkan industri aeroangkasa dan maritim.

“Melalui LIMA, kita bukan sahaja akan dapat mempromosikan produk tetapi membolehkan pihak industri mencari rakan kongsi dalam situasi menang-menang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak berkenaan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Antara syarikat yang terlibat dengan kontrak perjanjian adalah Airbus Military Sociedad Limitada (AMSL); Pilatus Aircraft Ltd; Thales Optronique S.A, France; Destini Prima Sdn. Bhd.; FEHM Entity Sdn. Bhd.; CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. dan Utac Aerospace (US).

Syarikat dan agensi kerajaan yang terlibat dengan MoU pula adalah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia); ASTF Logistics Sdn. Bhd.; Global Defense Solutions Australia; Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Angkasa Khas Sdn. Bhd.; Peluang Kristal (M) Sdn. Bhd.; PT Farin Industries Nusantara; Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Syarikat yang terlibat dengan LOA, Thales Raytheon System (TRS); Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.; Zetro Services Sdn. Bhd.; SAAB Grintek Defence PTY Limited dan BHIC Bofors Asia Sdn. Bhd.

Syarikat yang terlibat dengan LOI pula, Malaysia Airlines (MAS); AirAsia Berhad; Destination Marine Services Sdn. Bhd; Gading Kasturi Sdn. Bhd. dan Ajensi Tulen Sdn. Bhd.Utusan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #LIMA15 Bawa Pulangan Kontrak RM9.3 Billion! Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top