Latest News

Sunday, 22 March 2015

Kedah Komited Untuk Memelihara Dan Memulihara Hutan - @MukhrizMahathir


Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 di Taman Jubli Emas, YAB menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran beliau komited untuk memelihara dan memulihara hutan di Kedah, khususnya hutan simpanan kekal.

Hutan sangat penting bukan hanya sebagai alam semulajadi, tetapi sumbangannya kepada kehidupan manusia.

Menurut YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, " Kita sangat berhati-hati dalam sebarang kerja-kerja pembalakan, yang ada pun adalah daripada lesen lama''.

''Sekarang ini kita berusaha untuk mencari sumber pendapatan selain daripada pembalakan supaya kita dapat memelihara hutan kita''. katanya lagi.

Kerajaan Negeri Kedah melihat hutan yang terdapat di Negeri Kedah dapat dieksploitasi menjadi satu produk pelancongan selagi ianya tidak menjejaskan alam sekitar dan merosakan hutan.

Dalam sidang media itu juga, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir turut mengalu-alukan pandangan dari mana-mana pihak swasta yang mempunyai idea-idea bernas agar kerajaan negeri dapat menggunakan hutan sebagai produk pelancongan tanpa menjejaskan alam sekitar.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Komited Untuk Memelihara Dan Memulihara Hutan - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Pisau Kedah
Scroll to Top