Latest News

Friday, 2 January 2015

SADA Hantar 14 Jurutera Baiki Loji Air Di Kelantan


Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan menghantar 14 jurutera berpengalaman ke Kelantan bagi membantu membaik pulih loji air yang rosak akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrul Hisham Hashim berkata loji air perlu segera dibaiki bagi membolehkan bekalan air bersih disalurkan kepada penduduk.

"Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan tentukan loji mana jurutera Sada akan baik pulih," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bantuan banjir ke Kelantan dan Perak di sini Khamis.

Katanya pihaknya juga bersedia untuk menghantar tenaga pakar ke negeri lain yang teruk dilanda banjir seperti Terengganu, Pahang dan Perak sekiranya diperlukan bagi membantu membaik pulih loji air.

Pelepasan dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Suraya Yaacob dan YB Badrol Hisham.

Nampaknya Kerajaan Kedah berterusan memberi bantuan kepada negeri yang memerlukan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SADA Hantar 14 Jurutera Baiki Loji Air Di Kelantan Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top