Latest News

Thursday, 22 January 2015

NCCIM Sokong Cadangan Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)




Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh Menteri Besar Kedah terus mendapat sokongan pelbagai pihak. 

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) melihat kewujudan lapangan terbang antarabangsa di Kulim akan mempercepat usaha mengintegrasi ekonomi negara-negara ASEAN.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata NCCIM juga yakin penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) berupaya merancakkan lagi ekonomi wilayah utara Malaysia dan Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Memang sudah tiba masanya untuk membina lapangan terbang antarabangsa di kawasan itu,"

NCCIM menyokong penuh cadangan penubuhan KXP oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir itu demi kepentingan ekonomi negeri dan kawasan utara Semenanjung.

"Mukhriz dalam visinya nampak tentang keperluan dan potensi ekonomi Kedah," katanya.

Menurutnya pemilihan Sungai Petani sebagai lokasi KXP juga tepat kerana kedudukannya strategik berdekatan wilayah selatan Thailand yang memiliki sektor pertanian dan perindustrian berkembang pesat.

Syed Hussien berkata jika cadangan itu diberi lampu hijau oleh kerajaan pusat, KXP bakal menjadi hab logistik dan pengangkutan bukan sahaja untuk industri domestik tetapi juga selatan Thailand.

Selain itu, jumlah penduduk sekitar sembilan juta di wilayah selatan Thailand menawarkan pasaran yang besar untuk KXP memandangkan kedudukannya lebih dekat berbanding Bangkok.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: NCCIM Sokong Cadangan Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top