Latest News

Friday, 2 January 2015

Kuin Hantar Sukarelawan Bantu Misi Pasca Banjir Di Kelantan


Kolej Universiti Insaniah (KUIN) akan menghantar 50 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan kakitangannya ke Kelantan bagi membantu operasi pasca banjir di negeri pantai timur itu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Dr Rohani Desa berkata, penghantaran sukarelawan itu adalah sebahagian misi bantuan mangsa banjir anjurannya bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN.

Sukarelawan KUIN itu, katanya, akan terlibat dengan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan kawasan yang terjejas bencana banjir di Kelantan.

"Kita berharap ia dapat membantu meringankan beban gerak kerja yang ditanggung oleh saudara-saudara kita yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

"Mereka memerlukan sokongan moral dan barangan untuk kembali bangkit," kata Rohani dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota sukarelawan KUIN itu menaiki bas menggunakan laluan Jalan Simpang Pulai-Gua Musang kerana Lebuhraya Timur-Barat masih ditutup berikutan kejadian tanah runtuh, katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kuin Hantar Sukarelawan Bantu Misi Pasca Banjir Di Kelantan Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top