Latest News

Tuesday, 27 January 2015

Biomass Pellet Plant Bakal Menambah Pendapatan Pesawah di Kedah - @MukhrizMahathir


Alor Setar - Hari ni tercipta satu lagi perkembangan terbaru yang menarik dalam bidang pertanian. 'Biomass Pellet Plant' dilihat sebagai projek perintis sumber baru, penambahan pendapatan kepada petani di Kedah.

Ianya tercetus apabila berlangsung majlis menandatangani perjanjian usahasama diantara SPPM Services Sdn Bhd dan Diyou Future Biomass, sambil disaksikan oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah, bersama Pengerusi MADA, Dato Othman Aziz dan CEO Diyou Future Biomass, Encik Rosly Yaakub.

Projek ini melibatkan pembinaan kilang memproses (Biomass Pellet Plant) di kawasan Sanglang, yang membolehgunakan jerami dan sekam padi (yang dulunya hanya menjadi bahan buangan) menjadi sumber pendapatan baru kepada petani.

Kilang ini berupaya menghasilkan kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 tan matrik 'pellet biomass' setahun dan ia merupakan kapasiti terbesar di Malaysia.

Kilang pertama akan dibuka di kawasan Sanglang, kemungkinan besar kilang ini akan beroperasi didalam bulan mei atau jun. Sasaran pengeluaran pertama diantara 4 ribu tan dan kemungkinan akan mencapai tahap stabil didalam sasaran 8 ribu tan matrik sebulan.

'Pellet biomas' ini pula akan dieksport keluar negara bagi memenuhi negara-negara yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti Jepun, Korea dan China di Asia, manakala di Eropah pula negara seperti Poland dan Jerman.

Ternyata projek ini merupakan langkah terbaru dalam bidang pertanian, sambil ianya mesra alam, tidak mencemarkan udara dan air dengan pembakaran terbuka.

Semoga projek ini berjalan lancar dan dapat menjadi salah satu pendapatan sampingan tetap pada petani di Kedah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Biomass Pellet Plant Bakal Menambah Pendapatan Pesawah di Kedah - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top