Latest News

Friday, 23 January 2015

Bergambar : Sesi Kedua Istiadat Pengurniaan Bintang Dan Pingat Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah


Semalam telah berlangsung sesi kedua Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit. 

Istiadat penganugerahan Darjah-darjah dan Bintang-bintang kebesaran ini disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,  Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah. 

Turut berkenan hadir ke Majlis ini adalah Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah , Tunku Laksamana Kedah dan juga  Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tuanku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah. 

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah turut hadir ke majlis sesi kedua ini. 

Bagi pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K) seramai 69 orang telah menerima pingat ini. Pingat Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pula seramai 60 orang telah menerima dan bagi pingat Bintang Perkhidmatan  Cemerlang Kedah ( B.C.K) seramai 8 orang telah menerima yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah. 









  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bergambar : Sesi Kedua Istiadat Pengurniaan Bintang Dan Pingat Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top