Latest News

Tuesday, 30 December 2014

Paras air di Kedah dibawah paras berjaga jaga




Keadaan paras air di sungai-sungai utama di utara Kedah berada di bawah paras berjaga-jaga.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah berkata sehingga 7 malam ini, Sungai Padang Terap di Kuala Nerang berada pada paras 14.93 meter, Sungai Bata 8.02 meter dan Sungai Arau 4.88 meter, yang kesemua dalam keadaan menurun parasnya.

"Sungai Anak Bukit juga dalam keadaan lebih baik berikutan berkurangnya aliran dari Sungai Padang Terap. Paras di terusan utara juga dalam paras operasi," katanya ketika dihubungi malam ini.

Katanya Empangan Muda masih melimpah tetapi kadar limpahan berkurangan daripada limpahan sebanyak 1.64 meter dua hari lepas kepada 0.9 meter hari ini.

"Semoga keadaan akan bertambah baik,"
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Paras air di Kedah dibawah paras berjaga jaga Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top