Latest News

Tuesday, 4 November 2014

@MukhrizMahathir @PKamalanathan Meraikan Pelajar Cemerlang SJKT #KedahSerataRata


Dalam Majlis Ramah Mesra Warga Didik SJKT tengahari tadi yang dihadiri YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan Timbalan Menteri Pendidikan ll, YB P Kamalanathan, YAB menyampaikan anugerah diatas kecemerlangan empat pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang mengharumkan nama Malaysia dan khususnya negeri Kedah dalam pertandingan antarabangsa yang disertai pelajar terbabit.

 Tiga dari pelajar tebabit (Berbaju Hitam) iaitu Rashikash A/L Ramakrishnan, saudaranya Prevena A/P Ramakrishnan dan Sushmeetha A/P Vijian dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kulim telah memenangi pertandingan International British Innovation And Technology Show di London, UK dengan projek Energy Saving Equitment ( Energy Saving Drinking Machine) pada 25 Oktober 2014.

Manakala seorang lagi pelajar (berbaju Putih), Logendra Moorthy A/L Vinayaga Moorthy dari SJKT Saraswathy Sungai Petani telah memenangi Persembahan Terbaik pertandingan rekacipta Destination Zero Carbon anjuran National University Of Singapore pada 30 Oktober 2014. Tahniah buat kepada keempat-empat pelajar terbabit.











  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: @MukhrizMahathir @PKamalanathan Meraikan Pelajar Cemerlang SJKT #KedahSerataRata Rating: 5 Reviewed By: Pisau Kedah
Scroll to Top