Latest News

Tuesday, 4 November 2014

Kajian Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Di Jangka Ambil Masa 6 Bulan @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Mengenai lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, Kedah, Tiong Lai berkata, kerajaan sedang memperhalusi cadangan itu dan kajian tersebut dijangka mengambil masa enam bulan.

"Kita perlu DCA (Jabatan Penerbangan Awam) membuat kajian dari segi keselamatan ruang udara dan keselamatan navigasi, sementara Malaysian Airport Holdings Berhad pula berhubung darjah penglihatan komersial, dan juga kajian Unit Perancang Ekonomi," jelas beliau.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir memaklumkan kerajaan negeri Kedah sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu itu di Kedah kepada kerajaan pusat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri di utara tanah air.

Mukhriz berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang terbabit yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Kajian Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Di Jangka Ambil Masa 6 Bulan @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top