Latest News

Wednesday, 5 November 2014

Fenomena Ganjil, Bronok Serang Pantai #Langkawi?


Petang kelmarin,berlaku satu fenomena aneh di pantai Kuala Muda berhampiran Langkawi Lagoon dan Four Point Langkawi apabila beribu-ribu ekor "Bronok" dilihat naik dan terdampar di atas darat.

Bagi yg tak mengenali apa itu "Bronok",Bronok atau nama saintifiknya iaitu Acaudina Molpadioides merupakan sejenis haiwan hidupan laut seperti gamat ataupun timun laut. Bentuknya seakan-akan lintah gergasi yg berwarna merah jambu atau coklat. Bronok tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari atau haba yg kuat kerana ianya isi fizikalnya yg kenyal itu akan menjadi cair. Bronok juga merupakan makanan eksotik yg sangat lazat dan terkenal di kalangan rakyat Langkawi kerana ianya dijadikan kerabu mentah.

Jadi,adalah sangat misteri apabila Bronok naik terdampar ke pantai secara berjamaah kerana ia merupakan haiwan yg berada di dalam laut terutama laut yg berselut. Apakah petandanya ini? Ironinya,petang ini juga akan diadakan latihan simulasi penggera siren tsunami di beberapa lokasi di Langkawi. Mungkinkah akan berlaku bencana atau kejadian luarbiasa? Waallahualam. Allah selamatkan negeri Kedah!!!

P/S : Kredit buat page Fb YB ADUN Kuah di atas gambar di atas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Fenomena Ganjil, Bronok Serang Pantai #Langkawi? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top