Latest News

Friday, 21 November 2014

Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City)




Projek Bandaraya Sains Perubatan Kedah ( Kedah Medical Science City).

Bagi merebut peluang untuk menjemput seramai mungkin pelabur ke negeri Kedah, kerajaan telah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan sebidang tanah kerajaan seluas 660 ekar di Bandar Baharu. Dari beberapa cadangan yang diterima oleh kerajaan, yang paling menarik adalah cadangan projek Bandaraya Sains Perubatan Kedah atau Kedah Medical Science City, dengan izin.

Pengeluar-pengeluar utama barangan perubatan dari seluruh dunia umpamanya daripada Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Itali berhasrat untuk menjadikan Bandaraya Sains Perubatan sebagai pusat cawangan di rantau ini. Faktor tarikan kepada pelabur ini adalah wujudnya begitu banyak syarikat kecil dan sederhana dari sektor elektronik di Koridor Utara ini yang akan menjadi pembekal kepada industri teknologi pembuatan.

Bilamana projek-projek utama ini dilaksanakan seperti yang dirancang, ianya bakal merobah lanskap ekonomi negeri. Kek ekonomi yang akan dikongsi pelbagai lapisan rakyat di negeri Kedah akan menjadi lebih besar. Maka sudah tentulah pengagihan yang saksama serta inklusif dapat diusahakan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Macam ini boleh lah kerajaan buat airport antarabangsa di Kulim...Tahniah MB Mukhriz....Minta Tun Mahathir bantu MB dalam membangunkan Kedah, dan bersihkan Kedah dari saki baki sampah yang ditinggalkan oleh pentadbiran Pas.

    ReplyDelete
  2. Bodo...lapangan yerbang yg dok ada pun hidup segan mati tak mau...haprak punya baghal nak perabis duit rakyatlah tu. Siapa yg dapat projek tu? Bertambah Kayalah hang mukhriz. Padan muka rakyat ....umno memang kaki pekena rakyat tu pun rakyat masih tak sedaq lagi. Tolol.

    ReplyDelete
  3. Kenapa orang Penang rasa terancam kalau Kedah nak buat sesuatu untuk kemajuan kedua dua negeri ?

    ReplyDelete

Item Reviewed: Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City) Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top