Latest News

Sunday, 23 November 2014

#BajetKedah2015 Pembinaan Lebuhraya Sungai Petani Ke Changkat Jering



Rancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah lebuhraya baharu yang akan menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Sungai Petani melalui Kulim sepanjang 133kilometer bermatlamat merancakkan pembangunan kawasan luar bandar di Negeri Kedah.

Dalam masa yang sama lebuhraya ini akan dapat memendekkan masa perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan kerana ianya akan menjadi lencongan daripada kesesakan yang berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang. Di masa akan datang, Kerajaan mempunyai pilihan untuk menyambungkan lebuhraya ini sehingga ke Bukit Kayu Hitam sejauh 83 kilometer.

Secara tidak langsung, dengan adanya hubungan jalan yang baik, ianya akan dapat menarik para pelabur dan meningkatkan nilai hartanah di sepanjang jajaran yang dirancangkan. Cadangan jajaran ini kemudiannya akan menjadi satu pakej yang lengkap kepada wujudnya Taman Teknologi Tinggi Kulim dan KXP. Sekali lagi sumbangan ekonomi modal (capital economy) memanfaatkan ekonomi rakyat (people’s economy).
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #BajetKedah2015 Pembinaan Lebuhraya Sungai Petani Ke Changkat Jering Rating: 5 Reviewed By: medan tempur
Scroll to Top